Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Timbua, Ranau telah dibuka pada awal tahun 1985 dan telah dirasmikan pada 5 November 1988  (26 Rabiul Awal 1409 H) oleh Tan Sri Kasitah Gaddam, menteri di Jabatan Perdana Menteri. Nama SMK Timbua diambil sempena nama Kampung Timbua.

Menurut cerita, Kampung Timbua mendapat namanya daripada ‘BatuTimbua’ yang menjadi lagenda kampung ini pada masa dahulu. Penubuhan sekolah ini adalah hasil usaha beberapa orang pemimpin kampung dengan sokongan padu oleh Allahyarham Tuan Haji Affandi Angkangon yang merupakan Ketua Pengarah Pelajaran Bahagian Sekolah-Sekolah ketika itu.

Pada tahun 1985, sekolah ini cuma mempunyai sebuah bangunan asrama puteri. Satu kelas tingkatan Satu dibuka dengan pelajar seramai 35 orang dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Timbua, Ranau. Pada tahun 1986, SMK Timbua telah mempunyai bangunan sendiri dan kelas dibuka untuk tingkatan Satu dan Dua.

Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pertama di SMK Timbua ialah pada tahun 1987 dan memperoleh kelulusan 79%. Pada tahun 1989, SMK Timbua mencatat sejarah paling manis apabila mencapai keputusan 100% dalam peperiksaan SRP. Kemudian pada tahun 1995, sekali lagi SMK Timbua mencapai keputusan 100% dalam Penilaian Menengah Rendah(PMR). Pada tahun 2004, SMK Timbua telah membuka kelas tingkatan Empat dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pertama  ialah pada tahun 2005.

Sehingga kini telah hampir 24 tahun SMK Timbua berdiri gagah berjuang mendidik anak-anak bangsa dengan tenaga pendidik yang semakin bertambah dan pengetua yang silih berganti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s