‘Exit Policy’: Staf kerajaan gagal capai sasaran kerja selama tiga tahun akan dibuang


KUALA LUMPUR, 5 Dis — Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

The Malaysian Insider difahamkan, peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.

Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.

“Mengikut maklumat yang diterima, kami difahamkan mana-mana kakitangan yang mendapat markah 70 peratus dan ke bawah selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan perkhidmatan,” kata sumber itu.

Katanya, jika kakitangan yang memperoleh markah 70 peratus dan ke bawah juga boleh memilih untuk berhenti sendiri.

“Bermakna mereka ada pilihan untuk berhenti dalam tempoh tiga tahun jika merasakan tidak berupaya mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan,” katanya lagi.

Difahamkan kepimpinan kesatuan sekerja telah membantah pendekatan tersebut kepada JPA semasa satu taklimat baru-baru ini.

“Bagaimanapun JPA menenangkan dengan penjelasan bahawa anda semua kakitangan yang baik, tidak perlu risau dengan sistem ini,” katanya lagi.

JPA, difahamkan, ada memberi angka mengenai jumlah kakitangan yang berada dalam paras markah itu dan mahu menggunakan sistem baru ini untuk mewujudkan kakitangan berprestasi tinggi dan mengeluarkan mereka yang dikategorikan bermasalah.

“Oleh itu, mana-mana kakitangan yang menunjukkan prestasi baik akan menerima kenaikan gaji lapan hingga 15 peratus, tambahan kepada kenaikan tahunan biasa di bawah sistem gaji satu lapis… ini insentif tambahan,” kata sumber itu lagi.

JPA telah memberi taklimat mengenai pelaksanaan SBPA kepada jabatan-jabatan dan wakil kesatuan sekerja akhir bulan lalu.

The Malaysian Insider juga difahamkan JPA akan menyampaikan satu lagi sesi taklimat kepada jabatan-jabatan kerajaan hari ini dan seterusnya akan mengeluarkan pekeliling berkaitan.

Pelaksanaan dasar ‘exit policy’ kerajaan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 di mana beliau memperkenalkan SBPA bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Di bawah SBPA, JPA telah menggredkan semula jawatan-jawatan awam dengan menggunakan nama Premier, JUSA, Pengurusan Tinggi,    Pengurusan dan Profesional, dan Pelaksana.

Ia juga melibatkan pembatalan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), yang akan berkuat kuasa seiring dengan SBPA mulai Januari ini.

Mac lalu, Najib berkata, satu kaedah ‘exit policy’ akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk kumpulan pengurusan tertinggi.

“Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem ‘pool’ yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.

“Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s